Rabu, 7 Julai 2010

Aku Sebatang Pokok Kelapa

Aku sebatang pokok kelapa. Aku ditanam oleh nelayan di tepi laut. Badan aku kurus dan tinggi lampai. Daun dan buah aku sungguh lebat.

Ketika kecil lagi, aku dipagari agar tidak dimakan oleh lembu dan kambing. Pada musim kemarau baru aku disiram. Aku dibaja sebulan sekali supaya cepat membesar.

Apabila besar aku amat berguna kepada manusia. Tuan aku memetik buah aku kerana air aku boleh diminum dan dijadikan ubat batuk. Lidi aku pula dapat dijadikan penyapu dan pencucuk sate. Daun aku dapat dijadikan sarung ketupat dan barang-barang kraf tangan.

Penduduk kampung nelayan tuan aku menggunakan tempurung aku untuk membuat tabung duit dan senduk. Isteri tuan aku menggunakan sabut aku untuk membuat berus dan penyapu. Isi aku boleh dimakan dan dibuat kek dan kuih-muih.

Pada suatu hari, tuan aku menebang aku kerana aku sudah tua. Aku pun tumbang. Aku berasa susah hati. Walau bagaimanapun, aku masih berasa bangga kerana batang aku masih boleh dijadikan titi untuk penduduk kampung.

Begitulah akhirnya hayat aku.

1 ulasan: