Rabu, 7 Julai 2010

Catatan Harian (Menziarahi Datuk di Kampung)

Kamu dan keluarga telah menziarahi datuk di kampung baru-baru ini. Tulis catatan harian tentang aktiviti-aktiviti yang telah berlaku semasa kamu berada di kampung datuk kamu.


Sabtu,25 Mei 2010

8:00 pagi : Tiba di rumah datuk. Datuk dan nenek menyambut kami dengan tangan terbuka. Makan sarapan pagi di rumah datuk.

9:00 pagi : Mengikut nenek pergi ke kebun sayurnya. Membantu nenek memetik sayur dan membubuh baja.

11:00 pagi : Menangkap ikan dengan sepupu saya di anak sungai di kebun nenek. Berasa gembira kerana berjaya menangkap ikan putih dan ikan keli. Memanggang ikan di tepi anak sungai.

12:30 petang : Makan tengah hari di pondok kebun nenek. Kami makan sambil mendengar nenek bercerita.

2:30 petang : Mengikut datuk pergi ke dusunnya . Membantu datuk mengutip durian yang telah gugur. Datuk mengajar saya mengopek durian. Kami makan durian dengan gembira di pondok dusun.

4:00 petang : Bermain layang-layang di sawah padi bapa saudara saya. Kami sungguh gembira kerana layang-layang kami dapat terbang tinggi. Kami sempat menumpang mandi di sawah padi.

5:00 petang : Berasa berat hati untuk mengucapkan selamat tinggal kepada datuk dan nenek. Membawa banyak buah tangan seperti buah- buahan dan sayur balik ke rumah.

Laporan Sambutan Hari Guru

LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU SJK ______________


Pada 16 Mei 2010, SJK Chung Hua _________________________ telah mengadakan sambutan hari guru 2010. Sambutan ini diadakan di dewan sekolah.

Pada awal pagi, murid-murid dan guru-guru telah tiba di sekolah. Mereka menghiaskan dewan sekolah dengan bendera dan belon yang berwarna-warni.

Sambutan ini bermula dengan ucapan guru besar dan wakil murid. Dalam ucapan, guru besar menasihati semua murid sentiasa mengingati jasa guru dan tidak boleh seperti kacang lupakan kulit. Manakala wakil murid menggesa semua murid agar sentiasa menghormati guru.

Satu permainan diadakan antara murid dan guru di padang sekolah. Mereka bermain dengan gembira. Semua guru juga terima hadiah pada sambutan itu.

Semua guru dan murid makan dan minum di dewan. Beberapa orang murid menyanyi dan menari di atas pentas untuk menghiburkan guru.

Sambutan Hari Guru ini bersurai pada pukul sepuluh pagi. Semua warga sekolah berasa seronok pada hari yang bermakna ini.


Disediakan oleh, 20 Mei 2010
Lee Kim Seng
(LEE KIM SENG)
Ketua pengawas,
SJK Chung Hua ______________

Aku Sebuah Komputer

Aku sebuah komputer. Nama aku Dell. Aku berwarna hitam. Aku berlahir di sebuah kilang di Malaysia. Komponen Aku mempunyai papan kekunci, tetikus, monitor dan CPU.

Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang guru dalam pameran komputer. Tuan aku meletakkan aku di bilik bacaan. Tuan aku selalu menggunakan aku untuk menyelesaikan tugasan sekolahnya. Beliau juga menggunakan aku untuk bermain lagu MP3.

Aku amat berguna kepada tuan aku. Ini disebabkan aku dapat menyimpan banyak maklumat dan data. Tuan aku juga menggunakan aku untuk melayari internet kerana tuan aku seorang guru data di sekolah. Kadangkala, anak-anak tuan aku menggunakan aku untuk bermain permainan komputer.

Aku berbesar hati kerana aku dapat membantu tuan aku menjalankan tugasnya di sekolah. Aku berharap bahawa aku dapat berkhidmat kepada tuan aku selama-lamanya.

Aku Sebatang Pokok Kelapa

Aku sebatang pokok kelapa. Aku ditanam oleh nelayan di tepi laut. Badan aku kurus dan tinggi lampai. Daun dan buah aku sungguh lebat.

Ketika kecil lagi, aku dipagari agar tidak dimakan oleh lembu dan kambing. Pada musim kemarau baru aku disiram. Aku dibaja sebulan sekali supaya cepat membesar.

Apabila besar aku amat berguna kepada manusia. Tuan aku memetik buah aku kerana air aku boleh diminum dan dijadikan ubat batuk. Lidi aku pula dapat dijadikan penyapu dan pencucuk sate. Daun aku dapat dijadikan sarung ketupat dan barang-barang kraf tangan.

Penduduk kampung nelayan tuan aku menggunakan tempurung aku untuk membuat tabung duit dan senduk. Isteri tuan aku menggunakan sabut aku untuk membuat berus dan penyapu. Isi aku boleh dimakan dan dibuat kek dan kuih-muih.

Pada suatu hari, tuan aku menebang aku kerana aku sudah tua. Aku pun tumbang. Aku berasa susah hati. Walau bagaimanapun, aku masih berasa bangga kerana batang aku masih boleh dijadikan titi untuk penduduk kampung.

Begitulah akhirnya hayat aku.